Blogger Template by Blogcrowds.

PERMATApintar UKM

Tentu anda pernah membaca atau menonton kisah kanak-kanak pintas cerdas (mungkin genius) dan berbakat seperti Adi Putra dan Saffiyah... Mereka mengejutkan dunia dengan kejayaan dalam bidang akademik yang di luar jangkaan dan luar jangkauan seorang pelajar berusia 6-12 tahun.. Mereka adalah permata Malaysia... Namun sudah menjadi lumrah, jika ia permata, harus selalu digilap agar terus menyinar dan berkilauan...

Sehubungan dengan itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama CTY John Hopkins University telah pun melancarkan program PERMATApintar UKM dalam usaha mengenalpasti pelajar cerdas pintar di Malaysia untuk terus menggilap bakat dan kepintaran yang dimiliki oleh mereka. Pagi tadi bermula jam 1030 pagi (2 Mac 2009) telah berlangsungnya perasmian PERMATApintar UKM oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Pelajar2 akan dipilih untuk menyertai Kem Cuti Sekolah dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan bersesuaian dengan pemikiran mereka sebagai pelajar cerdas pintar. Fasilitator2 akan terdiri daripada golongan2 ahli akademik seperti para professor, pelajar2 PhD dalam bidang2 berkaitan dan golongan2 profesional.

Program PERMATApintar UKM akan dilaksanakan dalam beberapa fasa pelaksanaan. Pelajar2 yang terlibat adalah pelajar2 yang berumur 9-15 tahun. Mereka akan disaring melalui ujian IQ PERMATApintar secara atas talian (online - KLIK SINI). Mereka yang terpilih kemudiannya diberi pilihan untuk memilih sama ada SAINS, MATEMATIK, atau PENULISAN KREATIF.

Program ini akan terus berlanjutan dan seperti dalam perancangan, sebuah sekolah akan ditubuhkan untuk kanak2 cerdas pintar dengan pelbagai kemudahan yang lengkap.

~SAMA-SAMALAH MENJAYAKAN PROGRAM INI AGAR PARA PELAJAR PINTAR CERDAS DI NEGARA INI AKAN TERUS DIGILAP UNTUK TERUS MENYINARI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA...INSYAALLAH~

0 Bicara Tentang Coretan:

Newer Post Older Post Home