Blogger Template by Blogcrowds.

Pengambilan Kalori Dalam Kehidupan Seharian

PENGAMBILAN KALORI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


              Makanan merupakan salah satu keperluan utama untuk meneruskan kehidupan. Manusia memerlukan makanan untuk membekalkan tenaga bagi melakukan aktiviti seharian. Secara umumnya, manusia akan makan tiga kali sehari iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Namun begitu, di antara waktu tersebut, makanan ringan boleh diambil sebagai alas perut. 

Pengambilan makanan  yang baik adalah pengambilan makanan yang seimbang dari semua aspek. Hal ini kerana, pengambilan makanan seiring dengan pengambilan kalori iaitu tenaga yang akan digunakan sepanjang hari. Pengambilan makanan yang tidak seimbang akan memudaratkan kesihatan.

Faedah Pengambilan Kalori Yang Mencukupi


Pengambilan makanan yang seimbang akan memberikan tenaga yang mencukupi kepada tubuh badan. Dengan itu, manusia akan berasa cergas semasa melakukan aktiviti harian. Berikut merupakan faedah pengambilan kalori yang mencukupi:

a. Badan berasa cergas dan fikiran cerdas
b. Pertumbuhan badan yang sihat
c. Membekalkan tenaga seharian yang mencukupi
d. Mengekalkan kesihatan badan
e. Mengelakkan obesiti

Keburukan Pengambilan Kalori Yang Kurang atau Berlebihan


Pengambilan kalori berlebihan membawa pelbagai keburukan kepada tubuh badan. 

a. Badan berasa lesu dan mengantuk.
b. Fikiran menjadi lemah dan daya ingatan berkurangan
c. Berisiko mendapat penyakit seperti serangan jantung dan darah tinggi
d. Menyebabkan obesiti
e. Pening dan keletihan

Oleh itu, pengambilan makanan yang seimbang amat penting untuk mengekalkan kesihatan badan dan fokus.


0 Bicara Tentang Coretan:

Older Post Home