Blogger Template by Blogcrowds.

UTUSAN MALAYSIA - 27 Feb 2009.

Pakar hasilkan buku kanser pertama dalam bahasa Melayu


WAN FAISHAM NUMAN WAN ISMAIL


KOTA BHARU 26 Feb. - Seorang pakar Ortopedik (onkologi) di Jabatan Ortopedik, Universti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini, Prof. Madya Dr. Wan Faisham Numan Wan Ismail menghasilkan sebuah buku mengenai kanser yang pertama dalam bahasa Melayu.

Buku bertajuk Kanser Tulang dan Sarkoma Anggota setebal 213 muka surat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disasarkan kepada golongan pesakit dan keluarga agar mendapat maklumat berkaitan penyakit tersebut melalui bacaan yang mudah difahami.

Pelancaran buku itu disempurnakan oleh Timbalan Dekan Akademik USM, Prof. Abdul Rahman Noor dalam satu majlis ringkas di Dataran Pelajar Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, di sini hari ini.

Berucap pada majlis itu, Prof. Abdul Rahman berkata, pihaknya amat menggalakkan para pensyarah dan pakar dalam pelbagai bidang menterjemahkan pengalaman dan kemahiran mereka ke dalam bentuk buku.

''Mendokumentasikan ilmu akan membantu banyak pihak memahami lebih mendalam penyakit yang dihidapi di samping memudahkan rawatan susulan diterima terutama berkaitan dengan kemoterapi, radioterapi dan pembedahan mengekalkan anggota.

''Buku yang ditulis dalam bahasa Malaysia ini diharap memudahkan golongan pesakit dan keluarga mendapat maklumat dan kefahaman yang lebih tepat kerana kebanyakan sumber diperoleh di internet atau buku dalam bahasa Inggeris,'' katanya.

Sementara itu, Dr. Wan Faisham semasa ditemui berkata, kebanyakan orang ramai di negara ini tidak memperoleh maklumat yang jelas mengenai penyakit dan kaedah rawatan kerana kekurangan bahan rujukan.

''Kekurangan maklumat mengenai proses rawatan seperti kemoterapi yang menyakitkan tidak memberi kesan kepada pesakit kerana ada yang melarikan diri sebelum sempat rawatan secara berperingkat selesai dilakukan," ujarnya.

Antara kandungan buku itu adalah berkaitan rawatan pembedahan dengan kaedah terkini bagi membantu mengekalkan anggota yang mampu memberi harapan baru kepada pesakit.

''Pesakit kanser dahulu berhadapan dengan risiko anggota tubuh seperti tangan atau kaki yang dipotong dan jangka hayat lebih pendek namun melalui pembedahan mengekalkan anggota, pesakit mempunyai peluang hidup lebih lama.

''Bagaimana pun di negara ini hanya terdapat 11 pakar dalam rawatan tersebut sedangkan jumlah pesakit kanser tulang adalah lebih kurang 134 hingga 154 orang pada setiap 100,000 populasi penduduk di negara ini.

''Dijangka 30,000 pesakit kanser baru dikesan pada setiap tahun terutama di kalangan golongan dalam lingkungan usia 60 tahun ke atas, katanya.

Selain kanser tulang katanya, buku itu turut menjelaskan mengenai sarkoma anggota yang merupakan ketumbuhan pada tisu-tisu anggota sama ada di tulang, sendi atau tisu lembut.

''Ketumbuhan benigna biasanya tidak merebak, membengkak dengan perlahan dan hanya menimbulkan kesakitan dalam jangka masa panjang, namun itu bukan sejenis kanser" ujarnya.



Komen Tinta Pendidik:

Tahniah. Alhamdulillah. Dengan adanya usaha menghasilkan dan menterjemah buku-buku ilmiah yang kebanyakkannya dalam bahasa inggeris, harap-harap suatu hari nanti PPSMI akan selesai.

PPSMI : Ya atau Tidak???

UTUSAN MALAYSIA : 14 Feb 2009

625,987 guna bahasa Melayu

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP) mendedahkan 625,987 murid tidak menjawab kertas soalan dalam bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun lalu.

Pengerusinya, Datuk Dr. Hassan Ahmad (gambar) berkata, keputusan UPSR tahun lalu menunjukkan hanya 159,234 murid daripada 511,875 murid tahun enam menjawab kertas Sains dalam bahasa Inggeris manakala 352,641 murid menjawab dalam bahasa Melayu sejak pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

‘‘Bagi Matematik pula, 238,153 murid daripada 511,499 yang menduduki peperiksaan itu menjawab dalam bahasa Inggeris manakala 273,346 menjawab dalam bahasa Melayu.

‘‘Ia menunjukkan seramai 625,987 murid tidak memahami untuk menjawab Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,’’ katanya kepada pemberita di Rumah Persatuan Penulis Nasional (Pena) di sini semalam.

Selain itu, beliau berkata, kajian juga telah dilakukan oleh pasukan penyelidik yang terdiri daripada 50 pensyarah dari tujuh buah universiti dalam negara.

Katanya, kajian yang dibuat terletak di bawah penyeliaan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).

Menurutnya, hasil kajian menunjukkan beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar gagal mata pelajaran Sains dan Matematik melebihi 50 peratus.

Tambahnya, sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) juga menunjukkan kejatuhan bagi pelajar Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.

‘‘Kajian yang dibuat di 70 buah sekolah menengah dan 90 buah sekolah rendah di seluruh negara juga menunjukkan berlakunya kemerosotan dalam mata pelajaran tersebut.

‘‘Ia menunjukkan PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar,’’ katanya

Menurut Hassan, ia jelas menunjukkan PPSMI gagal memberi manfaat kepada pelajar sebaliknya membebankan pelajar.

Sementara itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk Bahasa Inggeris di setiap sekolah.

Tambahnya, wakil kerajaan perlu ke sekolah-sekolah terutamanya di luar bandar untuk memantau sistem yang digunakan dalam P&P bahasa tersebut.

‘‘Sistem P&P untuk Bahasa Inggeris perlu diubah dan diperkemaskan terlebih dahulu supaya menjadi bahasa kedua yang dikuasai pelajar bukannya mengajar bahasa tersebut dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

‘‘Selain itu, jadikan negara-negara Eropah sebagai model di mana mereka mengajar mata pelajaran tersebut dalam bahasa ibunda, tetapi menggalakkan pelajarnya menguasai pelbagai bahasa,’’ katanya.


Komen Tinta Pendidik:

Masih tidak selesai. Lihat semula akta2 pendidikan terdahulu sebelum membuat sebarang perubahan.

Menurut bidang psikologi, PPSMI menyukarkan pelajar memahami dan menguasai sesuatu subjek. Ini kerana para pelajar perlu memahami dua perkara dalam suatu masa iaitu Isi Kandungan (CONTENT) dan Bahasa (LANGUAGE).

.:Budaya Membaca:.

UTUSAN ONLINE -23 Feb 2009

Pelajar Melayu tidak minat membaca

MELAKA 22 Feb. – Dewan Industri Buku Malaysia (DIBM) melahirkan kebimbangan mengenai kurangnya minat membaca buku di kalangan pelajar Melayu pada masa ini terutama pelajar institusi pengajian awam.

Presidennya, Datuk Ghani Ngah berkata, perkara tersebut turut diperkatakan di kalangan pihak media dan pakar akademik yang melahirkan kebimbangan mereka mengenai tahap penurunan minat membaca buku di kalangan pelajar Melayu sejak kebelakangan ini.

Katanya, DIMB percaya keadaan itu berlaku disebabkan pergantungan pelajar atau remaja terhadap kemudahan Internet yang dianggap lebih mudah dalam menyalurkan pelbagai maklumat yang diperlukan oleh mereka.

‘‘DIMB berharap agar pihak berkaitan terutama dari pihak kerajaan sendiri perlu mencari formula berkesan untuk menarik kembali minat pelajar Melayu terhadap pembacaan pelbagai jenis buku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Islam anjuran Universiti Multimedia kampus Melaka (MMU) di sini hari ini.

Pada masa yang sama, katanya, pelajar Melayu itu sendiri perlu mengubah persepsi mereka terhadap aktiviti membaca bagi memastikan generasi akan datang tidak cetek ilmu pengetahuan.

Katanya, senario membimbangkan itu timbul disebabkan kesilapan pelajar dan masyarakat sendiri yang beranggapan membaca itu hanya untuk lulus peperiksaan.

‘‘Akibat pandangan itu, kebanyakan pelajar hanya akan membaca sebagai persediaan untuk lulus peperiksaan dan apabila selesai, buku tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa perlu dibaca semula atau untuk rujukan selanjutnya.

‘‘Sikap membaca ini adalah untuk semua peringkat, ia bukan hanya untuk mempersiapkan pelajar menduduki peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata, buku masih berperanan dan merupakan alat berkesan untuk menyalurkan pelbagai maklumat kepada pembaca berbanding kemudahan Internet yang masih bergantung kepada kesesuaian peralatan dan talian tetap.

Pada masa yang sama, katanya, jika dilihat mengenai sambutan pengunjung pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada April lalu, pihaknya mendapati hampir 85 peratus daripada kira-kira tiga juta pengunjung terdiri daripada orang Melayu.

Komen dari Tinta Pendidik:

Pada pendapat saya, perkara ini benar. Dalam LRT atau komuter sahaja kita dapat lihat, para pelajar lebih suka tidur atau berbual dengan rakan berbanding membaca, seperti yang dilakukan masyarakat di negara-negara maju seperti Korea dan Jepun.

Apa pun, budaya ini boleh dipupuk. Teringat suatu hari ketika ke MPH. Memilih buku cerita kanak-kanak untuk satu tugasan. Tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak menjawab telefon:

"Hello ayah, Afiq dekat tempat buku kanak-kanak ni."

Comel suara dia membuat aku tertark untuk melihat tuan empunya diri. Comel!!! Tengah duduk dekat atas kerusi kecil, di tepi sebuah rak. Di atas ribanya penuh buku, di tangannya ada satu buku. Mungkin menanti bapanya mencari buku di rak yang berbeza. Bagi aku, ayah anak kecil ini berjaya mendidik anaknya membaca.

Betul kan?? Budaya membaca ini boleh dipupuk.

Tugasan 4 - Powerpoint

Tugasan 4
Tutorial Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan
Powerpoint

Aktiviti:

1. Membuat powerpoint berkaitan bidang pengkhususan.
2. Memasukkan video, gambar dan audio ke dalam slide.
3. Belajar membuat animasi-animasi menarik di dalam slide.
4. Menukar format video.flv ke .wmv, .avi, etc untuk dimasukkan ke dalam slide.

Tugasan 2 dan 3
Tutorial Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan
Enjin Pencarian (search Engine) dan Pamphlet/booklet

Aktiviti:

1. Menggunakan seberapa banyak enjin pencarian untuk mencari maklumat dan bahan untuk dibuat pamphlet atau booklet.

2. Membuat ringkasan/sinopsis bagi setiap URL yang telah dicapai melalui enjin pencarian.

3. URL mestilah berkaitan dengan pengkhususan yang diambil. (Biologi atau Pendidikan Islam).

4. Mereka booklet atau pamphlet menggunakan maklumat yang telah dicari.

Refleksi Tugasan 1-Web Log

Tugasan 1
Tutorial Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan
Tajuk : Web Log (Blog)

Aktiviti:

1. Mendaftar GOOGLE account (pada sesiapa yang belum mempunyai GOOGLE account)
2. Menghantar komen di blog pensyarah, En. Mohd. Yusoff Daud, berkaitan dengan isu pendidikan yang ditulis di dalam blog.
3. Mereka blog sendiri.
4. Menambah aksesori ke dalam blog masing-masing.
5. Print screen untuk dihantar kepada pensyarah.

- Majoriti pelajar boleh membina blog dengan baik.
- Bertukar-tukar pendapat dan idea untuk blog masing-masing.

.:Pembuka Bicara:.

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Alhamdulillah, tercipta jugak blog yang agak ilmiah ni... Walaupun dah ada blog sendiri >Kisah Peri Biru<>My Karya<... Dalam persediaan menjadi seorang pendidik pada aku blog ini perlu.. Bukan hanya manfaat bagi aku, tetapi untuk pelajar2 aku kelak atau sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini...

Harap ramai yang menjenguk dapat memberi idea atau kita buat sedikit perbincangan dalam blog ni... Idea dan komen dari pihak anda amat dihargai...

~Kamsahamida, arigato, thank you, gracias, syukran, syukria, TERIMA KASIH~

Newer Posts Home